Sebahagian peserta mengambil kesempatan menjalani pemeriksaan kesihatan ketika menyertai program Sihat Fest 2022 di Taman Rakyat, Klang pada 29 Mei 2022. Foto MPK
PBTSELANGOR

Periksa kesihatan percuma sambil bertemu atlet negara di Sihat Fest MPK Sabtu ini

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JULAI: Orang ramai berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan percuma dan bertemu atlet tenpin boling negara Timmy Tan dalam Sihat Fest anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Sabtu ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan program dengan kerjasama Pusat Perubatan Pakar Sri Kota berlangsung di Taman Rakyat, Klang mulai 6.30 hingga 10.30 pagi.

“Pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan termasuklah pemeriksaan asas, mata, mammogram dan pap smear serta saringan barah.

“Orang ramai juga berpeluang bermain ‘inflatable bowling’ (boling kembung) bersama Timmy,” maklum MPK di Facebook.

Menurut MPK pakar bedah saraf Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Dr. Ravindran Vashu turut memberikan khidmat nasihat percuma dalam program itu.

Pameran oleh polis, bomba dan Jabatan Kesihatan MPK turut diadakan dalam program berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai Sihat Fest boleh menghubungi talian 03-3375 7799 sambungan 3313 atau 3335.


Pengarang :