Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan ratusan pekerja p-panggilan sewaktu program Selangor X Belia P-Hailing di Laman MBPJ Petaling Jaya pada 22 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM luang masa bertemu ribuan pemandu p-panggilan

PETALING JAYA, 22 JULAI: Ribuan pekerja gig (p-panggilan) berkumpul dan berpeluang bertemu dengan Perdana Menteri sempena program Temu Anwar Selangor X Belia P-Hailing hari ini.

Bertempat di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Belia Mohd Khairuddin Othman.

Kehadiran Perdana Menteri disambut dengan meriah dan beliau sempat beramah mesra dan berswafoto dengan pekerja p-panggilan.

Perdana menteri meluangkan masa kira-kira satu jam bertemu pekerja p-panggilan dan memberi peluang mereka bertanya beberapa soalan khususnya berkaitan sektor tersebut.

Pagi tadi, Anwar hadir ke program Sentuhan Kasih Desa dan Mini Karnival Usahawan Desa peringkat Selangor di Stadium Mini Sungai Besar di sini.


Pengarang :