Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bergambar pada Program Sentuhan Agro Madani peringkat Negeri Selangor yang diadakan di MSekin Wonderland, Jalan Pantai Redang, Bagan Sekinchan pada 18 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM rasmi Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor

SABAK BERNAM, 18 JULAI: Perdana menteri hari ini melancarkan Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan di sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program dianjurkan bagi membantu golongan petani dan nelayan sekali gus memudahkan penduduk mendapatkan bekalan makanan pada harga murah.

“Saya berharap program ini dapat membantu golongan nelayan dan petani. Ini sebahagian usaha kerajaan madani,” katanya berucap pada program tersebut.

Anwar turut menyampaikan sumbangan Dana Tabung Hijrah Madani AgroBank kepada 20 surau dan masjid bernilai RM100,000 dan bantuan khas sumbangan tunai RM3.9 juta kepada 6,511 pesawah.

Beliau turut menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan berjumlah RM275,000 dan elaun sara hidup nelayan RM7.3juta.

Terdahulu Anwar tiba kira-kira jam 10 pagi disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.


Pengarang :