Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang pada 19 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

PM tunjuk bukti lupus hutang Felda RM8.3 bilion hari ini

KUALA SELANGOR, 20 JULAI: Perdana Menteri sedia menunjukkan bukti berhubung pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang beliau telah selesaikan.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak memerlukan tempoh 24 jam seperti diminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemukakan bukti, sebaliknya akan berbuat demikian dalam tempoh 12 jam.

“Saya boleh bawa, tiada masalah. Tidak perlu 24 jam, 12 jam saya beri. Memang saya tandatangan 27 Jun lalu sebab dia (Muhyiddin) tak buat kerja. tak tahu.

“You (Muhyiddin) cabar begitu…baik saya tunjuk bukti tandatangan, dia kena minta maaf. Saya ingat tandatangan pada 27 Jun, RM990 juta, empat dokumen,” katanya ditemui selepas hadir ke sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa di sini malam tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk tengah) bersama tetamu dan orang ramai pada Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H Perpaduan Tanjong Karang di Kampung Raja Musa Tanjong Karang pada 19 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKIN

Jelas Anwar, beliau akan meminta Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican untuk menyerahkan bukti sebelum lawatan rasmi beliau ke Vietnam hari ini.

“Ini masalah orang politik, dia senang sahaja tuduh bohong baru cabar minta fakta.

“Insya-Allah sebelum ke Vietnam esok (hari ini) saya hubungi KSP untuk beri dan nak dia (Muhyiddin) minta maaf secara terbuka,” katanya.

Sebelum ini, berucap pada Sambutan Hari Peneroka Felda Kebangsaan 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Anwar mendedahkan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka Felda yang dibuat kerajaan terdahulu tidak disertai sebarang kelulusan.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menafikan perkara itu dengan memaklumkan telah melaksanakannya perkara tersebut ketika menjadi Perdana Menteri.


Pengarang :