Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program korban perdana bersama Yayasan Selangor di Kampung Pasir Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 1 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PRN: Tekad pertahan negeri, realisasi agenda RS-1

AMPANG JAYA, 1 JUL: Pentadbiran sedia ada perlu dipertahankan pada pilhan raya negeri (PRN) bagi merealiasikan pelan yang diatur di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Dato’ Menteri Besar berkata RS-1 yang menjadi kerangka pembangunan negeri untuk tempoh lima tahun ke depan mengandungi pelbagai agenda demi kesejahteraan dan pengukuhan ekonomi rakyat Selangor.

“Pilihan raya negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi beri kekuatan baharu untuk kita kumpul tekad dan iltizam supaya dapat teruskan apa yang direncana Kerajaan Negeri termasuk melunaskan beberapa pelan dalam RS-1.

“Sepanjang tempoh pentadbiran, Kerajaan Negeri berjaya kekang dan serap segala masalah di sekeliling. Prestasi ini memastikan Selangor menyumbang ekonomi terbesar negara,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata pada program Ziarah Korban Aidiladha Parlimen Gombak di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir, Hulu Kelang hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersalaman bersama penduduk ketika ziarah korban di Masjid As Sobirin, Ampang Jaya pada 1 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menjelaskan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan ekonomi rakyat.

“Akhir bulan ini atau awal Ogos, perdana menteri atau menteri ekonomi akan membentang satu pelan ekonomi yang panjang. Buat masa ini, kerajaan melakukan pelbagai pemulihan termasuk mengatasi masalah kekurangan bekalan barangan seperti ayam dan telur.

“Selepas ini, kerajaan cuba mengatasi isu kawalan harga supaya rakyat tidak terbeban. Dalam tempoh lima ke enam bulan lagi dapat lihat situasi lebih baik serta selesa dinikmati rakyat,” katanya.

Pada 23 Jun, DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Penduduk bergotong-royong ketika program korban perdana bersama Yayasan Selangor di Kampung Pasir Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 1 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :