Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Pertandingan Akhir Acara Jatuh Piring Jemputan dan Formasi di Kem Terendak, Melaka pada 30 Julai 2023. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Raja Muda berangkat saksi pertandingan menembak tentera darat

SHAH ALAM, 31 JULAI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Pertandingan Akhir Acara Jatuh Piring Jemputan dan Formasi di Kem Terendak, Melaka semalam.

Pertandingan sempena Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) Tahun 2023 itu dijalankan dari 21 hingga 30 Julai yang disertai 715 pegawai serta anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

“Ia bertujuan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata individu serta berkumpulan anggota TD.

“Pertandingan terbahagi kepada dua acara iaitu acara wajib raifal lelaki, pistol lelaki, senjata bantuan MGKA dan MGR, lorong hutan dan serangan seksyen,” menurut kenyataan Selangor Royal Office di Facebook.

Selain itu terdapat acara sampingan lain, acara raifal dan pistol wanita bagi pegawai kanan dan pegawai muda, sniper serta jatuh piring.

Turut mengiringi Baginda, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

 


Pengarang :