Jalan di kawasan terowong yang telah diturap bagi memudahkan orang ramai menuju ke tanah perkuburan Islam Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad
ADNSELANGOR

RM20,799 turap jalan, pasang lampu solar di terowong ke tanah perkuburan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 JULAI : Sebanyak RM20,799 dibelanjakan untuk menurap jalan sepanjang 336 meter membabitkan laluan berterowong ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata sebanyak lapan lampu solar turut dipasang untuk menerangi kawasan terowong terutama ketika malam.

Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kini jalan di terowong yang dulunya rosak dan ditakungi air telah dibaiki sementara kawasan terowong tidak lagi gelap.

“Kos naik taraf menggunakan sebahagian peruntukan baik pulih Kerajaan Negeri tahun ini,” maklumnya di Facebook.

Saifuddin Shafi berharap kemudahan berkenaan memudahkan perjalanan petugas perkuburan serta semua pihak sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa untuk ke tanah perkuburan berkenaan.


Pengarang :