Taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Cheras, Balakong siap dinaik taraf lengkap dengan kemudahan trek larian dan gelanggang bola keranjang pada 13 Jun 2023. Foto Wong Siew Ki
ADNSELANGOR

RM30,000 naik taraf taman permainan, bina gelanggang bola keranjang

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 JULAI: Taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Cheras siap dinaik taraf dengan kos RM30,000 menerusi peruntukan Projek Selangor Penyayang (PSP) pada 13 Jun.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berkata projek yang bermula 15 Mei itu turut membina gelanggang bola keranjang dan trek larian.

Ahli Dewan Negeri Balakong Wong Siew Ki. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kita memanfaatkan sebaiknya peruntukan PSP untuk membaik pulih taman permainan ini bagi memberi keselesaan kepada penduduk setempat untuk menjalani aktiviti riadah bersama keluarga,” kata Wong Siew Ki ketika dihubungi.

Pada 10 Julai lalu, Siew Ki memaklumkan sebanyak 10 kemudahan awam di kawasan DUN Balakong selesai dinaik taraf bawah PSP tahun ini.

Penyelenggaraan infrastruktur dengan peruntukan RM100,000 dijalankan bersama Majlis Perbandaran Kajang serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Cheras, Balakong siap dinaik taraf lengkap dengan kemudahan trek larian dan gelanggang bola keranjang pada 13 Jun 2023. Foto Wong Siew Ki

Kerja naik taraf meliputi pintu gerbang Kampung Baru Balakong, Kampung Baru Batu 11 dan Kampung Sungai Balak termasuk taman permainan di Taman Suria Jaya, Taman Bukit Angsana, Taman Taming Kiri serta Taman Sri Cheras.

Belanjawan Selangor memperuntuk RM28 juta bagi mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat melalui penyediaan projek kecil bawah PSP

Keutamaan projek itu melibatkan penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.


Pengarang :