AGENDANASIONAL

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 5 JULAI: Seluruh daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor diramal mengalami cuaca sama.

Beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak turut diramal mengalami keadaan sama.

Menurut agensi itu amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :