SHAH ALAM, 1 JULAI : Sebanyak 10 ekor kambing dan lima lembu disumbangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati kepada masjid, surau dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan berkenaan.
Penyandangnya Juwairiya Zulkifli berharap sumbangan itu menampung keperluan daging korban untuk agihkan kepada penduduk yang memerlukan.
“Semoga perkongsian rezeki dan bahagian (daging korban) dapat dikongsikan sama rata kepada semua penduduk setempat.
“Saya berharap sambutan perayaan Aidiladha ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah kita sesama umat islam,” katanya menerusi Facebook.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/07/347431135_743340497796589_8104069308355166551_n-500x333.jpg.webp)
Juwairiya turut menyeru kepada semua umat Islam supaya mengambil iktibar dan memperingati pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah.
Terdahulu, Juwairiya turut menziarahi beberapa lokasi pelaksanaan ibadah korban antaranya termasuklah di Surau Ar-Rahman Batu 8 Kampung Asahan, Masjid Raja Lumu Pekan Lama Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor.
Beliau turut melawat ke Surau Raid Assolihin Taman Melawati Jaya, Surau Haji Yusuf Kampung Nelayan Sungai Buloh, Surau Abdul Wahid Kampung Bukit Kuching dan Kediaman Wan Salleh (Ainur Santan) Teluk Piah.