Orang ramai memilih pelbagai barangan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Kampung Johan Setia, Klang pada 20 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sepang, Sungai Buloh antara lokasi jualan murah esok

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 24 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) barangan asas anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke sembilan lokasi esok mulai jam 10 pagi.

Menurut Facebook PKPS, jualan diadakan di Jalan 45, Selayang Baru (SJKC Selayang Baru) (Parlimen Selayang); Taman Cempakasari Fasa 2 (Parlimen Kapar); Jalan Batu Nilam 35 dan Surau Kampung Pandan, Kampung Jawa (Parlimen Kota Raja).

Ia turut diadakan di Flat Taman Kem (Parlimen Klang), Pasar Malam Bandar Baru Ampang (Parlimen Ampang) dan Rukun Tetangga Taman Seri Serdang (Parlimen Puchong).

Lokasi Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) pada 24 Julai 2023. Foto Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor – PKPS

Selain itu, Dataran Penjaja Delima 5 (Parlimen Sungai Buloh) dan Kompleks Niaga Sungai Merab (Parlimen Sepang).

Jualan itu yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Produk dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :