Orang ramai hadir bagi melakukan semakan di kaunter di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Putrajaya pada 19 Oktober 2022 menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

SPR adakan mesyuarat khas pilihan raya negeri Rabu ini

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

Shah Alam, 3 JULAI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini untuk membincangkan tarikh pilihan raya dewan undangan negeri ke-15.

Setiausaha SPR Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi dewan undangan negeri, dewan undangan dan dewan negeri ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.

“Mesyuarat khas ini akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang membincangkan tarikh penting PRU DUN Ke-15 seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih serta persiapan lain,” katanya.

Menurutnya sidang media akan diadakan selepas mesyuarat khas itu selesai.


Pengarang :