PBTSELANGOR

Warga Sabak Bernam digalak kumpul, jual minyak masak terpakai

SHAH ALAM, 5 JULAI: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menganjurkan program membeli minyak masak terpakai di 10 lokasi terpilih mulai 8 Julai hingga 25 November depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memaklumkan minyak masak terpakai akan dibeli dengan harga RM2.20 bagi setiap satu kilogram.

“Setiap kilogram minyak masak terpakai yang ada di rumah anda boleh menjadi sumber pendapatan anda setiap bulan.

“Jom tukar minyak masak terpakai kepada wang tunai. Pihak MDSB mengalu-alukan kedatangan anda. Jumpa anda pada masa, tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan,” katanya di Facebook.

Program tersebut diadakan di Pasar Pagi Dataran Lesen (8 Julai), Pasar Pagi Sabak Bernam (22 Julai), Pasar Awam Pekan Sekinchan (12 Ogos), Pasar Awam Sungai Besar (26 Ogos) dan pasar Awam Pekan BNO (2 September).

Lokasi seterusnya di Pasar Pagi Dataran Bagan Terap (17 September), Stesen Bas Merbau Berdarah (7 Oktober), Pasar Pagi Pekan Sabak Bernam (22 Oktober), Pasar Awam Sungai Tawar (18 November) dan Pasar Awam Pekan Sekinchan (25 November).


Pengarang :