SHAH ALAM, 14 OGOS: Sebanyak 2,200 permohonan Insentif Haji Muassasah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI 2023 diluluskan sehingga 8 Ogos lalu.
Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI berkata permohonan dibuka sejak 19 Mei sehingga 29 Ogos ini.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/06/pix5-500x336.jpg.webp)
“Tahun ini sebanyak 3,000 jemaah layak menerima insentif ini,” kata Ahmad Azri Zainal Nor kepada Selangorkini.
Beliau menambah dokumen permohonan boleh dihantar ke Café LG, Bangunan Darul Ehsan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari pada setiap Isnin dan Selasa.
Dokumen diperlukan ialah satu salinan kad pengenalan pemohon beserta surat tawaran mengerjakan Haji Muassasah 1444H/2023M yang menyatakan kos bayaran (muka hadapan sahaja) dan jadual penerbangan yang lengkap dengan kod MUAS.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-55138898 (CSR) atau emel [email protected].
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan seramai 3,000 jemaah menerima Insentif Haji Muassasah berjumlah RM500 khusus untuk kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif melalui MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.