AGENSISELANGOR

Ahli PPAS bakal duduki SPM dipelawa sertai bengkel subjek Sejarah percuma

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 17 OGOS: Ahli Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipelawa menyertai bengkel subjek Sejarah SPM 2023 A+ pada 9 September.

Agensi terbabit memaklumkan program percuma yang terhad kepada 55 peserta terawal itu  bermula 8.30 pagi hingga 1 tengah hari di Bilik Seminar 4, Tingkat 4, Pustaka Raja Tun Uda.

“Rebut peluang untuk mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari setahun yang lalu sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM tahun ini.

“Pengajar berkaliber dalam subjek Sejarah SPM akan membuat kupasan subjek, struktur soalan, teknik menjawab dan persediaan menghadapi peperiksaan. Daftar segera, tempat terhad,” maklumnya menerusi Facebook.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Puan Sharifah di talian 017 – 578 1807  atau mengimbas kod QR tertera.


Pengarang :