AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 OGOS: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor serta seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :