Penyokong skuad Harimau Malaya berteduh berikutan hujan lebat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan aksi perlawanan bola sepak Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 antara Malaysia menentang Singapura pada 3 Januari 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat tujuh daerah di Selangor hingga 4 petang

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 21 OGOS: Tujuh daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Cuaca sama turut diramal di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Negeri Sembilan selain beberapa bahagian di Pahang, Johor dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :