Salah seorang penerima Bingkas Salina Damsah membeli barangan keperluan asas ketika tinjauan Media Selangor di Pasaraya Maju A&A, Gombak pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Bantuan RM3,600 setahun ringan kos sara hidup

Tulisan ini dipetik daripada Laporan Pencapaian dan Prestasi Kerajaan Negeri Selangor 2018-2023 yang boleh didapati di laman amirudinshari.com

SHAH ALAM, 8 OGOS: Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) antara inisiatif Kerajaan Negeri untuk berkongsi kekayaan kepada rakyat.

Sebelum BINGKAS yang termasuk dalam Iltizam Pemberdayaan Rakyat Selangor dilaksana, bantuan disalur menerusi Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT).

Setiap peserta menerima RM200 sebulan atau RM2,400 setahun. Bagaimanapun, kumpulan berpendapatan rendah di negeri ini terjejas teruk akibat kenaikan kos sara hidup pascapandemik Covid-19.

Menyedari keluhan golongan berkenaan, Kerajaan Selangor melangkah lebih ke hadapan menghulurkan tangan untuk kumpulan rentan itu.

Kerajaan Negeri menerusi Belanjawan 2022 mengumumkan BINGKAS, penambahbaikan program KISS.

Inisiatif Kerajaan Negeri berkenaan membantu mereka yang kurang mampu untuk sekurang-kurangnya menyediakan keperluan asas hidup.

Program berkenaan berjaya membantu rakyat berdepan perbelanjaan makin tinggi dan diteruskan sehingga kini.

Manfaat BINGKAS yang mengurangkan beban rakyat khususnya kumpulan pendapatan rendah ialah:

  • nilai bantuan BINGKAS ditingkat kepada RM300 sebulan atau RM3,600 setahun
  • bilangan penerima bertambah daripada 21,000 kepada 30,000 keluarga
  • memanfaatkan sehingga 180,000 warga Selangor daripada bayi hingga warga emas
  • babit peruntukan bernilai RM108 juta dalam belanjawan negeri 2022 dan 2023
  • menyasarkan kumpulan berpendapatan rendah (B40)
  • penerima boleh membeli barang seperti beras, mi, telur dan minyak masak di premis terpilih
  • bagi keluarga yang ada anak kecil serta bersekolah, lampin pakai buang, susu tepung, barangan sekolah dan buku juga boleh dibeli menggunakan kad BINGKAS
  • pembayaran menggunakan e-dompet WavPay
  • layari laman sesawang bingkasselangor.com untuk memohon dan pilih kotak daftar permohonan


Pengarang :