Calon Hulu Bernam Mohd Amran Sakir bersama jentera berkempen di Hulu Bernam pada 4 Ogos 2023. Foto Facebook Mohd Amran Sakir
ADNSELANGOR

Cadang tanah Kerajaan Negeri alternatif perumahan generasi kedua

HULU SELANGOR, 6 OGOS: Prihatin dengan kesukaran generasi kedua memiliki kediaman sendiri mendorong Mohd Amran Sakir mengemukakan alternatif supaya tanah milik Kerajaan Negeri di kampung tradisi dijadikan tapak perumahan.

Calon Hulu Bernam itu bekata, langkah ini memberi peluang generasi kedua memiliki kediaman sendiri pada harga lebih murah berbanding projek perumahan oleh pemaju.

“Tujuan saya adalah cuba beri alternatif perumahan kepada generasi kedua. Untuk makluman di Hulu Bernam ini kita mempunyai tanah Kerajaan Negeri di hampir semua kampung tradisi.

“Saya bercadang menyediakan tapak perumahan yang mana lebih mudah untuk dimiliki penduduk berbanding kita sediakan kawasan perumahan kerana memerlukan belanja lebih besar tetapi kalau tapak perumahan begini lebih murah,” katanya kepada Media Selangor.

Cadangan itu merupakan salah satu agenda yang akan diperjuangkan beliau sekiranya memenangi kerusi Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri Selangor.

PRN Selangor bagi kerusi Hulu Bernam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Mohd Amran menentang calon Perikatan Nasional Mui’zzuddeen Mahyuddin.


Pengarang :