OLEH SHAMZ JOHAN dan NINA FARZUIN MD SHAROM
AMPANG JAYA, 2 OGOS: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang merancang membuka kaunter pusat khidmat di beberapa kawasan bertujuan menguruskan keperluan masyarakat setempat.
Juwairiya Zulkifli berkata kaunter tersebut juga akan berfungsi sebagai pusat informasi untuk menyebarkan maklumat mengenai pelbagai bantuan ditawarkan Kerajaan Negeri.
Terdahulu, beliau meluang masa menziarah beberapa penduduk yang menghidap kanser paru-paru dan juga pesakit strok dalam program Ziarah Kasih di Jalan Enggang, Taman Keramat, di sini semalam.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/image3-1-500x375.jpeg.webp)
Sementara itu, calon HARAPAN DUN Meru Mariam Abdul Rashid beliau akan memberi perhatian isu banjir dan lambakan warga asing yang menjadi keresahan penduduk jika dipilih dalam pilihan raya negeri (PRN).
“Isu banjir kilat di Meru ini sebahagiannya telah diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.
“Dengan adanya tindakan dari Kerajaan Negeri ini, saya sangat yakin untuk mewakili dan bawa suara rakyat Meru untuk selesaikan masalah yang menjadi kembimbangan sebahagian pengundi di sini,” katanya.