AGENSISELANGOR

Fenomena air pasang besar di Kuala Selangor esok, penduduk diminta waspada

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 31 OGOS: Orang awam khususnya penduduk Kuala Selangor dinasihat sentiasa berwaspada dan peka susulan fenomena air pasang besar yang diramal bermula esok sehingga 4 September ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor memaklumkan bacaan paras air laut di daerah itu dijangka meningkat setinggi 5.6 meter.

Berdasarkan info grafik yang dikongsi menerusi Faceboo, bacaan paras air laut dijangkakan setinggi 5.5 meter bermula jam 6.58 pagi dan 7.08 petang esok.

Pada Sabtu dan Ahad pula, bacaan paras air laut adalah 5.6 meter jam 7.37 pagi, 7.46 malam serta 8.11 pagi, 10.22 malam manakala 4 September (Isnin) pula bacaan dijangkakan 5.4 meter berlaku jam 8.42 pagi, 8.53 malam.

Sehubungan itu, sebarang laporan boleh terus dibuat Bilik Gerakan Bencana Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor di talian 03-32897632.

Pada masa masa sama, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di beberapa kawasan di Selangor pada sebelah pagi dan petang manakala malam diramalkan tiada hujan.


Pengarang :