PBTSELANGOR

Ganjaran RM50 untuk 30 rumah hias, kibar Jalur Gemilang sempena merdeka

OLEH AZIAN AZIZ

SELAYANG, 30 OGOS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawarkan ganjaran RM50 untuk 30 kediaman yang menghias dan mengibar Jalur Gemilang sempena sambutan kemerdekaan.

Yang Dipertuanya Datuk Mohd Yazid Sairi berkata inisiatif sempena program Semangat Patriotik Saya berlangsung selama sebulan mulai 15 Ogos, dengan pemenang dipilih secara rawak.

“Kita minta semua ahli majlis maklumkan program ini kepada penduduk di zon masing-masing. Program ini dijalankan bersama kempen kibar Jalur Gemilang,” katanya dalam mesyuarat bulanan hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS di talian 03-6126 5824.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput orang ramai untuk memeriahkan Karnival Ekstrem Gua Damai 2023 di Kampung Wira Damai, Batu Caves pada 16 dan 17 September.

Mohd Yazid menjelaskan acara tersebut akan menampilkan pertandingan base jump melibatkan penerjun antarabangsa selain sukan ekstrem seperti daki tembok, luncur keluang dan tembak bebola cat.

Pada 10 November tahun lalu, lebih 3,000 pengunjung memeriahkan karnival tersebut yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

 


Pengarang :