Pusat gempa bumi yang terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5km iaitu 13km barat laut dari Ranau. Foto Facebook MetMalaysia
AGENDANASIONAL

Gempa bumi lemah dikesan di Ranau, gegaran dirasai

KOTA KINABALU, 31 OGOS: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.7 pada skala Richter berlaku di Ranau pada 7.13 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur dengan kedalaman 5 km iaitu 13 km barat laut dari Ranau.

“Gegaran dirasai di Ranau dan kawasan sekitarnya.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA


Pengarang :