PBTSELANGOR

Hadiah wang tunai menanti peserta Explorace Jejak Warisan Kuala Langat

SHAH ALAM, 15 OGOS: Hadiah wang tunai keseluruhan RM3,870 menanti peserta Explorace Jejak Warisan Kuala Langat 2023 pada 9 September ini.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan program sempena sambutan pengisytiharan perbandaran kali ketiga turut menawarkan hadiah cabutan bertuah.

“MPKL ingin mempelawa warganegara Malaysia bagi menyertai Explorace ini. Sesi pendaftaran masih lagi dibuka sehingga 1 September dan terhad kepada 40 kumpulan.

“Hadiah utama wang tunai sebanyak RM1,300 menanti johan, naib johan (RM930), ketiga (RM730) dan keempat hingga 10 (RM130),” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan melalui https://mpkl.daythree.net/explorace/registration.php.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Pelancongan MPKL Raja Nurfarhanim Raja Hassanuddin di talian 017-6734374 atau Raja Mohd Hafiz Raja Bulat (014-7062560).


Pengarang :