PBTSELANGOR

Hari tanpa kenderaan, diskaun kompaun parkir sempena merdeka

OLEH FITRI HAZIM HAZAM & SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 16 OGOS: Pelbagai acara menarik untuk rakyat dianjurkan pihak berkuasa tempatan (PBT) sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan bulan ini.

Berlangsung Ahad ini, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan program Hari Tanpa Kenderaan yang turut diselitkan acara lain seperti larian zakat dan basikal berhias.

Menerusi maklumat di Facebook, acara pakaian paling kreatif mengikut tema bagi menerapkan semangat patriotik, klinik silat dan pameran jualan turut diadakan bermula 7.30 pagi.

“Jom memeriahkan lagi program ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14,” katanya.

Sementara itu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menawarkan diskaun kompaun parkir berbayar bermula 7 Ogos sempena merdeka dan sambutan ulang tahun kedua PBT berkenaan.

Menurutnya, kadar pengurangan yang ditawarkan hingga 16 September meliputi kompaun melebihi 24 jam hingga 14 hari berjumlah RM15, manakala RM25 untuk denda melebihi 14 hari.

“Bagi pengguna yang mempunyai kompaun tempat letak kereta tertunggak jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran menarik ini sebelum tempoh berakhir,” kata MPKS.

 

 


Pengarang :