AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hujan lebat, ribut diramal landa tujuh daerah di Selangor hingga 4 petang

SHAH ALAM, 16 OGOS : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di tujuh daerah di Selangor sehingga jam 4 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :