AGENDABERITA UTAMANASIONAL

IBDE bawa 2,000 buku di Festival Buku Merdeka, diskaun 10 peratus

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 OGOS: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan 2,000 buku dengan 80 judul kepada pengunjung Festival Buku Merdeka 2023 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 31 Ogos hingga 3 September ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IBDE Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman berkata kesemua judul buku tersebut merupakan terbitan IBDE, Institut Kajian Dasar (IKD) dan Jurnal Svara.

“Antara judul buku yang ditawarkan ialah Kitab Ihya Ulumuddin: Menghidupkan Ilmu Agama; Memelihara Jiwa: Petua dari Tabib Kurun Ke-9 dan Biografi Imam Al-Ghazali: Hayat dan Jasa Ilmuwan.

“Kita juga akan mengadakan sesi bual bicara buku IBDE yang terpilih,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Ainunl Muaiyanah pihaknya menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian satu atau dua naskhah buku, disksun 15 peratus untuk tiga buku ke atas dan pembelian lebih RM100 akan mendapat beg IBDE secara percuma.

“Jemput datang beramai-ramai ke reruai IBDE (nombor sembilan) di tingkat empat Sunway Putra Mall nanti,” tambahnya.


Pengarang :