AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Ikuti perkembangan terkini 56 calon DUN di portal PRN Selangor

SHAH ALAM, 6 OGOS: Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) membawakan perkembangan terkini pilihan raya negeri (PRN) melalui portal khas termasuk keputusan masa nyata setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 12 Ogos.

Portal yang boleh dicapai melalui prnselangor.my memaparkan laporan langsung hari penamaan calon selain menampilkan ciri lain antaranya maklumat 56 kerusi DUN, statistik dan manifesto parti.

Ia turut dilengkapi fungsi analisis yang memaparkan perbandingan data semua kerusi merangkumi penyandang, jumlah dan demografi pengundi, pola pengundian serta sejarah pilihan raya.

Dibangunkan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), portal itu dilancar Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di pejabat Media Selangor pada 10 Julai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan portal khas PRN Selangor ketika Lawatan Rasmi dan Amanat Khas di Ibu Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 10 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarang :