AGENSISELANGOR

Kanak-kanak berpeluang belajar bahasa Mandarin secara percuma Sabtu ini

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 30 OGOS: Kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun berpeluang mengikuti aktiviti Fun With Mandarin anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Pustaka Raja Tun Uda, Sabtu ini.

Bertempat di Zon Kreatif Kanak-Kanak, PPAS memaklumkan program belajar bahasa Mandarin percuma oleh tenaga pengajar Siti Hawa Othman atau Hawa Laoshi dijadual berlangsung 3.30 petang.

Pendaftaran boleh dilakukan di bahagian kaunter program cuti sekolah yang terdapat di lokasi berkenaan.

Selain aktiviti tersebut, PPAS turut mengatur pelbagai lagi program di Pustaka Raja Tun Uda sempena cuti persekolahan antaranya termasuklah aktiviti membaca berita, melukis karikatur dan kelas memasak.

Untuk maklumat lanjut berhubung program sepanjang cuti sekolah, orang ramai boleh hubungi Pustaka Raja Tun Uda di talian 03-5519 7667.


Pengarang :