Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang juga pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri. Foto ARKIB SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATPILIHAN MINGGUANRENCANA

KDNK tertinggi, hasil dan rizab negeri bertambah sejak 2018

Siri pertama laporan pencapaian Selangor bagi tempoh 2018-2013. Butiran lengkap prestasi Kerajaan Negeri boleh didapati di laman web amirudinshari.com

OLEH ABDUL RAHIM SABRI

SHAH ALAM, 2 OGOS: Ekonomi Selangor kekal berkembang maju sejak 2018. Selangor meneruskan penguasaan dengan menjadi penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Rizab negeri juga merekodkan angka terbesar sejak 2008. Pada masa yang sama, jumlah hutang juga menurun ketara dalam era pentadbiran Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berbanding menteri besar sebelum beliau.

Bagi meningkatkan kecemerlangan, Rancangan Selangor Pertama (RS-1) diperkenal untuk membawa negeri ke tahap lebih baik. Pencapaian penting ekonomi negeri yang membanggakan rakyat Selangor ialah:

  • sumbangan Selangor kepada KDNK Malaysia meningkat kepada 25.5 peratus
  • rizab negeri meningkat kepada RM3.7 bilion pada 2022
  • pertambahan RM1 bilion dalam empat tahun (sejak 2018)
  • hasil negeri RM2.533 bilion pada 2022, melebihi sasaran RM2.05 bilion
  • pendapatan penengah RM9,983 pada 2022, melebihi paras nasional RM6,338
  • pertumbuhan pendapatan 6.5 peratus setahun bagi tempoh 2019 hingga 2022
  • kadar pengangguran 2.9 peratus pada 2022, lebih rendah daripada paras nasional 3.6 peratus
  • perkenal RS-1, rancangan pembangunan lima tahun sehingga 2025
  • sasar pelaburan dilulus RM25 bilion hingga 35 bilion setahun
  • sasar pertumbuhan KDNK tahunan 6.5 hingga 7 peratus setahun
  • sasar jumlah guna tenaga 3.5 hingga 3.8 juta individu

Memberdaya kaum Hawa

Golongan wanita Selangor terus diberi keutamaan dalam pelbagai bidang. Sejumlah peruntukan disediakan bagi memajukan wanita.

Kerajaan Negeri menumpukan program dan manfaat untuk wanita Selangor termasuk ibu tunggal melalui kesihatan, kekeluargaan serta keusahawanan. Sebahagian manfaat negeri yang mengangkat wanita ialah:

KESIHATAN

Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL)

  • tawar pemeriksaan barah payudara percuma untuk wanita 50 tahun ke atas
  • sehingga 2017, seramai 30,465 wanita terlibat

KEUSAHAWANAN

Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) melahirkan 34,379 usahawan wanita

  • libat pembiayaan lebih RM442 juta sepanjang sembilan tahun sehingga Mac 2023

Inisiatif Halal Suri bantu wanita niaga makanan sejuk beku dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah  Selangor

EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni (tengah) bergambar bersama peserta geran padanan halal suri ketika Majlis Pelancaran Inisiatif Halal Suri di Wisma Kohijrah, Shah Alam pada 9 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

KEKELUARGAAN

Iltizam Anak Selangor menabung RM100 setahun (selama lima tahun) dalam Sijil Simpanan Premium Nasional

  • manfaat 30,000 bayi lahir mulai 2022

Skim Bantuan Tadika Selangor bantu yuran tadika RM50 sebulan

  • manfaat untuk anak keluarga B40 lima dan enam tahun

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar bantu yuran taska RM100 sebulan

  • manfaat untuk anak keluarga B40 dari empat tahun ke bawah

Perkenal kursus pengasuhan dan penjagaan kanak-kanak di rumah

  • manfaat untuk 352 wanita

—————————————————————–

Meringan beban rakyat

OLEH NADIAH ZAMLUS & ALANG BENDAHARA

Kenaikan harga barangan menekan hidup rakyat, khususnya golongan kurang mampu atau B40. Menyedari kesusahan golongan rentan ini, Kerajaan Negeri segera melaksana program jualan murah untuk membantu rakyat.

Mulai 2022, Selangor melancarkan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER). Program itu dikendali Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Kerajaan persekutuan juga melaksana program hampir sama iaitu Jualan Rahmah Bergerak (JRB) yang dilancar pada 17 Jun.

Orang ramai membeli pelbagai barangan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Kota Raja di Surau Kampung Pandan, Kampung Jawa pada 25 Julai 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

Sebahagian manfaat program JER yang membantu rakyat:

  • sasar kumpulan B40 di 56 Dewan Undangan Negeri Selangor
  • dijalankan di 15 lokasi di sembilan daerah setiap hari kecuali Jumaat
  • barangan asas dijual ayam, daging pejal segar, telur gred B sepapan, ikan kembung, minyak masak lima kilogram, beras lima kilogram, minyak masak paket dan daging kiub
  • trak jualan JER bergerak ke 711 lokasi di seluruh negeri sepanjang tiga bulan pertama
  • kira-kira dua juta orang dapat barangan dapur yang murah dengan subsidi sebanyak RM4.8 juta
  • peruntukan ditingkatkan kepada RM12 juta dan sasaran penerima manfaat dilebarkan ke 1,200 lokasi
  • penduduk meraih manfaat dianggarkan 4.4 juta orang
  • sehingga 12 Mac, bantuan kepada golongan rentan sebanyak RM3.13 juta

Manfaat penting program JRB pula ialah:

  • diskaun sehingga 30 peratus barangan mentah dan harian
  • dilaksana 78 lokasi di seluruh negara
  • sehingga Julai 2023, hasil jualan lebih RM1.2 juta dan memanfaatkan lebih 100,000 pengunjung

—————————————————————

Aplikasi mudahkan urus sampah

Selangor mempunyai tujuh juta penduduk. Justeru, jumlah sampah sememangnya tinggi berbanding negeri lain.

Menyedarinya, Kerajaan Negeri menyediakan aplikasi khas bagi memudahkan rakyatnya membuang sampah.

iClean Selangor dibangunkan KDEB Waste Management (KDEBWM), anak syarikat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguruskan sisa pepejal.

Perkhidmatan meliputi kutipan sampah domestik, kutipan sampah pukal dan pembersihan awam.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir menegaskan selain iClean, kutipan dibuat mengikut jadual setiap hari.

Antara kejayaan pembersihan sampah di Selangor ialah:

  • iClean menang anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 pada 22 Jun
  • aplikasi iClean digunakan lebih 100,000 pengguna berdaftar aktif sehingga Mei
  • bagi Januari sehingga Mei 2023, berjaya selesai hampir 15,000 aduan
  • tahun lepas, 36,800 kes diselesaikan iaitu satu peningkatan berbanding 30,949 kes pada 2021
  • tindakan dalam tempoh 24 jam, bukti kecekapan pengurusan sisa pepejal dan sampah di Selangor
  • KDEBWM terlibat bersihkan di 110 kawasan terjejas pascabah pada Disember 2021.
  • setakat 5 Januari 2022, lebih 77,000 tan sisa banjir dikutip memulihkan kawasan terkesan
  • Kerajaan Negeri salur RM12.9 juta kepada KDEBWM untuk pembersihan pascabanjir

Pengarang :