Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Klang, Gombak antara enam daerah diramal hujan lebat sehingga 5 petang

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di enam daerah di Selangor sehingga jam 5 petang ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Petaling selain seluruh Pulau Pinang serta Johor.

Cuaca sama turut diramal beberapa bahagian di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :