Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) melancarkan Insan Takaful ketika majlis perasmian Tekad Insani #KitaSelangor di Pusat Konvensyen Bangi, Kajang pada 4 Ogos 2023. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Norita Mohd Sidek (dua, kanan). Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lebih 5 juta penduduk berdaftar skim insurans Kerajaan Selangor

HULU LANGAT, 4 OGOS: Lebih 5.2 juta rakyat negeri ini dilindungi perlindungan insurans Kerajaan Negeri sekali gus menjamin nasib mereka sekiranya terlibat kemalangan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kuota Skim Perlindungan Insurans Am (INSAN) berbaki kurang sejuta dan penduduk perlu segera mendaftar supaya kebajikan mereka terbela.

“Dari jumlah keseluruhan, polisi perlindungan sebanyak 750,000 dikhaskan buat anak Selangor yang berumur seawal 30 hari sehingga enam tahun.

Ana Maria Salihuddin, 36, menerima cek cura daripada Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada majlis perasmian Tekad Insani #KitaSelangor di Pusat Konvensyen Bangi, Kajang pada 4 Ogos 2023. Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Fasa terakhir kita untuk mendaftarkan pelajar dan golongan kanak-kanak. Sekiranya berjaya bermakna hampir 90 peratus isi rumah berkeluarga dilindungi skim ini,” katanya ketika melancarkan Skim INSAN Takaful hari ini.

Amirudin menggalakkan ibu bapa mendaftarkan anak masing-masing menerusi aplikasi e-dompet Wavpay dengan memuat naik di App Store atau Google Play.

Sementara itu anak kepada pasangan suami isteri yang maut akibat kemalangan, Ana Maria Salihuddin, 36, berkata skim berkenaan meringankan beban beliau menguruskan tiga adiknya.

“Mak dan ayah terlibat kemalangan pada Mac di Sungai Leman, Sungai Besar. Saya sendiri tidak tahu mereka ada daftar skim INSAN ini dan tok sidang maklumkan mereka ada caruman.

“Hari ini kami mendapat wang pampasan berjumlah RM11,000 termasuk sumbangan khairat kematian untuk mak dan ayah. Keseluruhan berjumlah RM11,000,” katanya.

INSAN diperkenal tahun lalu bagi melindungi semua penduduk negeri ini berusia antara 30 hari hingga 80 tahun dengan premium ditanggung sepenuhnya Kerajaan Selangor.

Skim dengan nilai perlindungan RM60 bilion itu memberi perlindungan insurans sehingga RM10,000 bagi kes hilang keupayaan kekal dan kematian disebabkan kemalangan.


Pengarang :