AGENSISELANGOR

LZS salur RM90 juta bantu asnaf tak mampu bayar hutang

SHAH ALAM, 15 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyalurkan RM90 juta kepada asnaf al-ghariman bagi membantu golongan berkenaan meneruskan kehidupan.

LZS berkata asnaf kategori itu terpaksa berhutang untuk memenuhi keperluan diri, tanggungan atau kepentingan masyarakat namun tidak mampu membayarnya.

“Mari kita bersatu dalam membantu mereka yang sedang buntu untuk keluar daripada masalah ini dengan menunaikan kewajipan zakat anda di https://fpx.zakatselangor.com.my,” kata agensi itu di Facebook.

Tahun lalu LZS mengagihkan zakat lebih RM1 bilion kepada 350,000 individu asnaf dan organisasi menerusi program pembangunan sosial, pendidikan, institusi agama, insan dan ekonomi selain bantuan khas melalui Zakat Selangor Peduli.

Pencapaian yang meningkat sebanyak 13.8 peratus berbanding RM922 juta pada tahun sebelumnya menjadikan prestasi agihan tertinggi sejak LZS ditubuhkan 25 tahun lalu.


Pengarang :