Orang ramai melihat reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dalam pameran awam di pusat beli-belah SACC, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Majoriti tertarik konsep baharu Kompleks Sukan Shah Alam

SHAH ALAM, 8 OGOS: Beberapa tahun lagi, Selangor akan mendapat kompleks sukan baharu bagi menggantikan kemudahan yang sedia ada di Seksyen 13, Shah Alam yang perlahan-lahan rosak akibat banjir mulai 2006.

Bencana itu, termasuk pada 2013 dan 2021, mengakibatkan kerosakan padang, sistem pendawaian, bilik bekalan elektrik, bilik persalinan dan aras bawah stadium selain aspek keselamatan terjejas.

Menurut jawatankuasa khas diketuai bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Dato’ Roslan Abdul Aziz, usaha menaik taraf Stadium Shah Alam dijangka menelan RM787 juta.

Untuk itu, Kerajaan Negeri menyerahkan pembangunan semula kepada Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) atas faktor berikut:

■ berpengalaman baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017
■ keteguhan kewangan syarikat, sebuah entiti milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
■ tidak guna dana Kerajaan Negeri, bersifat perkongsian awam-swasta
■ sebagai ganti, MRCB dianugerah pertukaran tanah

Reka bentuk Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang dipamerkan sempena Hari Jersi Selangor dan Pameran Awam Pembangunan KSSA di pusat beli-belah SACC, Shah Alam pada 28 Januari 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kompleks Sukan Shah Alam di tanah seluas lebih 80 hektar bakal meliputi pelbagai kemudahan untuk orang awam berekreasi selain mengadakan kegiatan komersial antaranya:

■ 40 peratus kawasan rekreasi awam, 60 peratus untuk sukan
■ ada gelanggang indoor, dewan serba guna, hotel, masjid, ruang acara dan ruang jualan
■ sedia ruang sewa bagi biayai kos selenggara

Pelbagai faktor diambil kira termasuk isu kekerapan banjir. Kawasan padang pula diangkat lebih tinggi kerana kedudukan stadium pada paras paling rendah.

Ciri-ciri kompleks baharu itu seperti berikut:

■ stadium bertaraf antarabangsa
■ kapasiti 35,000 ke 45,000 penonton
■ ambil kira penyuraian aliran trafik
■ hubung pengangkutan awam seperti LRT
■ atasi kemungkinan banjir
■ boleh berfungsi kendali pelbagai acara, termasuk konsert

Setakat awal tahun, 97 peratus daripada 400 pengunjung pameran reka bentuk kompleks sukan tersebut, yang dibuat di Shah Alam, berpuas hati dengan konsep baharu yang akan dibangunkan.


Pengarang :