Orang ramai mengunjungi Pavilion Selangor sempena pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Kuala Lumpur pada 19 Mac 2023. Foto Tourism Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Matta: Persembahan tarian tradisional antara tarikan Pavilion Selangor

SHAH ALAM, 29 OGOS: Persembahan tarian Waristari, Joget Gradung, Tarian Beradat dan Seruling Hidung Buluh Perindu antara tarikan Fiesta Pusing Selangor Dulu di Pavalion Selangor dalam pameran Matta 2023 pada 1 hingga 3 September ini.

Berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata pengunjung juga berpeluang merebut diskaun harga sehingga 50 peratus bagi pakej-pakej pelancongan yang terdapat di Pavilion Selangor.

“Kita jangka peningkatan sebanyak 70,000 pengunjung ke Pavilion Selangor melalui penyertaan lebih 20 tarikan pelancongan.

“Duta kempen Pusing Selangor Dulu, Che Puan Juliana Evans akan membuat penampilan istimewa semasa berlangsungnya fiesta tersebut,” kata Azrul Shah Mohamad dalam kenyataan.

Menurut beliau, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah lumayan bernilai sehingga RM5,000 sepanjang berlangsungnya Pameran Matta dengan menyertai Pertandingan TikTok Tourism Selangor.

Selain itu, pengasas Rumah Hutan Terapi Alam dan Jamu Ratu Malaya, Bonda Rozita juga akan menganjurkan sesi suai kenal, pemberian baucar ke Rumah Hutan Terapi Alam.


Pengarang :