Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat dewan SDG yang baru selepas merasmikan Dewan SDG di Selayang Baru, Batu Caves pada 2 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rasmi dewan SDG, pusat aktiviti pembangunan komuniti Gombak

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 3 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merasmikan Dewan SDG di Selayang Baru, Batu Caves dekat sini semalam.

Amirudin turut melawat sekitar dewan tersebut yang bakal menjadi pusat aktiviti Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK) Daerah Gombak yang merupakan pemilik bangunan.

Beliau turut beramah mesra dengan lebih 200 tetamu terdiri daripada komuniti PSPK dan penduduk setempat serta melawat sekitar dewan termasuk ruang membuat kraf tangan daripada bahan kitar semula.

Dalam pada itu Amirudin melahirkan rasa bangga atas perkembangan PSPK.

“PSPK ini sudah lama wujud di sini. Apa yang saya bangga mereka berkembang dengan baik dan menawarkan konsep SDG selari dengan apa yang kita tawarkan dan telah kita laksanakan selama ini.

“Semakin banyak komuniti seperti ini wujud akan membantu mempercepatkan kita untuk sampai kepada SDG (Matlamat Pembangunan Mampan),” katanya selepas majlis perasmian.

PSPK Daerah Gombak merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tempat perlindungan kepada wanita kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal serta memberi kursus jahitan dan membuat cenderamata daripada bahan kitar semula secara percuma.


Pengarang :