Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua,kiri) menyampaikan bantuan tunai kepada mangsa kebakaran di Taman Desa Semenyih, Kajang pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Ahmad Azri
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI serah RM20,000 bantu 10 keluarga mangsa kebakaran

SHAH ALAM, 30 OGOS: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan bantuan tunai RM20,000 kepada 10 keluarga mangsa kebakaran di tiga lokasi sekitar Kajang dan Semenyih, kelmarin.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporatnya berkata bantuan RM2,000 untuk setiap keluarga sebagai tanda prihatin bagi kelangsungan hidup mangsa selepas berdepan musibah itu.

Ahmad Azri Zainal Nor memaklumkan serahan kepada lapan keluarga di Taman Sri Jelok, Kajang dan masing-masing satu di Taman Desa Semenyih serta Pangsapuri Seri Permai, Semenyih.

“Ujian dan dugaan diterima ini bukan hanya untuk ditanggung mereka sendirian, tetapi bersama Kerajaan Negeri serta MBI yang sentiasa bersedia membantu.

“MBI mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat mangsa yang terlibat dalam kebakaran ini. Semoga urusan mereka dipermudahkan,” katanya kepada Selangorkini.

Penyampaian sumbangan dibuat bersama wakil rakyat Kajang David Cheong dan Ahli Majlis Perbandaran Kajang A Ramachandran dan R Chandran.

Ketua Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor (dua,kiri) meninjau keadaan rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran di Taman Desa Semenyih, Kajang selepas menyampaikan bantuan tunai pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Ahmad Azri

 

 

 


Pengarang :