PBTSELANGOR

MPAJ anjur pertandingan tarian tradisional, kayuhan santai, tawar hadiah wang tunai

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 16 OGOS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan kayuhan santai hari Malaysia dan pertandingan tarian tradisional pada 10 dan 21 September ini.

Bahagian perhubungan awam dan sekretariatnya berkata kayuhan santai itu diadakan di Jalan Pandan Utama, Pandan Indah dan setiap penyertaan dikenakan yuran RM40.

“Peserta menerima baju-T, cenderahati malah ada hadiah istimewa menanti tiga pemenang kategori khas iaitu pakaian tercantik lelaki dan wanita serta basikal tercantik dengan hadiah keseluruhan RM15,000.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://form.jotform.com/232042277822048 atau hubungi 0133370961 (Rusman),” katanya menerusi Facebook.

Sementara itu pertandingan tarian tradisional pula menyasarkan penyertaan pelajar sekolah membabitkan dua kategori iaitu sekolah rendah dan menengah.

“Bagi sekolah rendah, setiap kumpulan dianggotai antara enam hingga 10 orang dan mempersembahkan tarian berkonsepkan tarian rakyat, etnik atau kaum di Malaysia.

“Kategori sekolah menengah, setiap kumpulan perlu mempersembahkan dua jenis tarian atau lebih (tarian asli, inang, zapin dan joget), penilaian markah berdasarkan keaslian gerak, pementasan, keseragaman serta personaliti dalam persembahan,” katanya.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 dan mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.gle/sFob4vMfmf6PnEGt5 atau hubungi 01173024108 (Cik Zakiah) dan tarikh tutup penyertaan 25 Ogos ini.


Pengarang :