AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Nyanyi lagu patriotik, mahasiswa, pelajar berpeluang menangi RM1,200 

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 18 OGOS: Mahasiswa dan pelajar sekolah seluruh Selangor berpeluang memenangi hadiah keseluruhan RM1,200 menerusi pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik anjuran Persatuan Mahasiswa Selangor Nasional.

Pertandingan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor dijadual berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda pada 26 Ogos mulai 7.30 pagi hingga 4.00 petang.

Juara bagi kategori mahasiswa instituti pengajian tinggi awam dan swasta bakal membawa pulang RM500 sementara kategori sekolah menengah (RM400) dan sekolah rendah (RM300).

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi pautan t.co/Cwf315mrJE sebelum 24 Ogos.

Peserta dikehendaki menyanyikan lagu bertema patriotik tradisional atau moden secara solo atau duet dalam tempoh tidak melebihi lima minit.

Individu yang terlibat juga perlu menyediakan ‘minus one’ versi instrumental bagi lagu yang dipilih kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 25 Ogos.


Pengarang :