AGENSISELANGOR

Orang ramai dipelawa meriahkan pesta sempena ulang tahun ke-59 PKNS

AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 16 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempelawa orang ramai untuk memeriahkan program Jom Riuh Bersama Discovery PKNS pada 25 hingga 27 Ogos ini.

Perbadanan itu memaklumkan program sempena ulang tahun ke-59 PKNS itu akan berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam bermula 9 pagi hingga 7 malam.

“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan antaranya cabutan bertuah, cari harta karun, pameran produk hartanah, pertandingan TikTok, persembahan artis jemputan dan pelancaran program pembelian rumah PKNS.

“Pembeli rumah PKNS juga berpeluang mendapat pakej hiasan dapur bernilai RM5,900 dan juga diskaun produk Samsung sehingga 25 peratus,” maklum PKNS di Facebook.

Sebarang pertanyaan mengenai program boleh menghubungi eksekutif jualan PKNS di talian 03-5525 0300 dan 03-5502 0189 atau WhatsApp di nombor 010-928 0187 atau kunjungi laman sesawang www.pkns.com.my.

 


Pengarang :