Pasukan Cuba Nasib Nak Menang menjuarai cabaran Jom Teroka Selayang anjuran Majlis Perbandaran Selayang pada 27 Ogos 2023. Foto Majlis Perbandaran Selayang
PBTSELANGOR

Pasukan Cuba Nasib Nak Menang juarai cabaran Jom Teroka Selayang

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 28 OGOS: Pasukan Cuba Nasib Nak Menang menjuarai cabaran teroka tempat pelancongan di Selayang sekali gus membawa pulang wang tunai RM2,000 semalam.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata sebanyak 48 pasukan mengambil bahagian pada pertandingan Jom Teroka Selayang yang berkonsepkan ‘treasure hunt’.

Sebahagian aksi peserta Jom Teroka Selayang anjuran Majlis Perbandaran Selayang pada 27 Ogos 2023. Foto Majlis Perbandaran Selayang

“Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan lokasi-lokasi pelancongan di bawah kawasan pentadbiran MPS.

“Setiap kumpulan perlu menyelesaikan tugasan mengikut checkpoint di lokasi seperti Gua Damai Extreme Park, Taman Rimba Templer, Batu Caves, Muzium Orang Asli, Tasik Biru Kundang dan lain-lain,” kata MPS menerusi Facebook.

Sebahagian aksi peserta Jom Teroka Selayang anjuran Majlis Perbandaran Selayang pada 27 Ogos 2023. Foto Majlis Perbandaran Selayang

Katanya, konsep penerokaan ini dipilih selain menyuntik semangat kerjasama dan setia kawan, ia juga dapat melatih minda di samping meningkatkan kecergasan diri melalui tugasan yang diberikan.

Pada pertandingan tersebut, pasukan Marhaen Warrior dinobat naib juara dan menerima wang tunai RM1,500, manakala Ninja Warriors di tempat ketiga menerima RM1,000.

Selain itu, Tiny Tigers di tempat keempat (RM800) dan Team Baru Nak Up, kelima (RM500), manakala pasukan di tangga keenam hingga ke-10 pula menerima hadiah saguhati RM300.

Pasukan Marhaen Worrior muncul naib juara cabaran Jom Teroka Selayang anjuran Majlis Perbandaran Selayang pada 27 Ogos 2023. Foto Majlis Perbandaran Selayang

Pasukan Healing Ke Tu pula memenangi kategori ‘Kereta Paling Patriotik’ dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 beserta hamper.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan Timbalan Yang Dipertua MPS Adi Faizal Ahmad Tarmizi.


Pengarang :