Pertunjukan fesyen Dada Luxury Relevation Soiree dengan kerjasama Balai Seni Negara dan Dubois Et Fils di The Estate, Jalan Damansara (Federal Hill) pada 28 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pentas peraga fesyen cipta kelainan, terap elemen puisi dan lukisan

Oleh JULIANA JOHAR

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Kebiasaannya pentas peragaan fesyen sering diserikan dengan iringan lagu penyanyi jemputan, namun pemilik jenama Lady Of Leisure mencipta kelainan dengan menggabungkan seni lukisan dan puisi.

Mengetengahkan koleksi busana Cinta, Dada Herzoq Al-Attas berkata inspirasi di sebalik rekaan tersebut berdasarkan perjalanan kehidupannya sejak dahulu hingga kini.

“Saya ingin menampilkan koleksi yang dapat merakamkan intipati cinta dalam pelbagai bentuk.

“Ini merupakan perjalanan melalui pelbagai peringkat percintaan, dari permulaan percikan bibit-bibit cinta sehinggalah kepada ikatan kasih sayang yang mendalam dan abadi yang menopang sesebuah hubungan.

Pameran lukisan di pertunjukan fesyen Dada Luxury Relevation Soiree dengan kerjasama Balai Seni Negara dan Dubois Et Fils di The Estate, Jalan Damansara (Federal Hill) pada 28 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI

“Saya juga cuba cipta kelainan dengan mengundang pemuisi Mosyuki Borhan serta mempamerkan 16 koleksi lukisan serba indah buat tatapan pengunjung acara ini kerana ia juga merupakan salah satu cabang seni, bersama-sama dengan seni fesyen,” katanya kepada Selangorkini.

Pertunjukan itu turut diserikan dengan nyanyian daripada Marsha dan Sonaone.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.


Pengarang :