Gambaran ilustrasi kediaman Puteri Ariana yang bakal siap pada 2025
AGENDANASIONAL

Puteri Ariana kediaman impian di Kota Puteri

(ADVERTORIAL)

Kediaman bukan sekadar tempat berlindung, namun mampu memenuhi ciri-ciri kehidupan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kediaman apatah lagi jika ia adalah
rumah pertama. Yang pasti, ia mestilah berbaloi dengan harga yang telah dilaburkan.

Persekitaran yang harmoni, lokasi yang baik dan strategik menjadi ciri-ciri paling penting dalam
memilih kediaman untuk menetap dan membina kehidupan.

Tentunya kita mahukan banyak kelebihan, terutama dari segi kemudahan asas yang boleh diakses dari lokasi kediaman. Puteri Ariana yang bakal dibangunkan di Seksyen 8 Kota Puteri ada jawapannya.

Gambaran dalaman unit Puteri Ariana menunjukan dekorasi di ruang makan

Kota Puteri boleh diakses melalui Lebuhraya Latar, Lebuhraya Guthrie dan Jalan Kuala Selangor.
Jarak perjalanan dari tapak projek ke Kuala Lumpur hanyalah 45km manakala ke Pekan Ijok sekitar
5km.

Untuk ke bandar pula, penduduk Kota Puteri boleh memilih untuk berbelanja sama ada di Pekan Ijok,
bandar Kuala Selangor, bandar Puncak Alam, pekan Rawang atau di Desa Coalfields.

Kemudahan komuniti sebagai pelengkap gaya hidup turut memainkan peranan penting. Di sini, lemen komuniti yang ada di kawasan perbandaran ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup seharian yang anda mahukan.

Pelbagai lokasi menarik yang menjadi tumpuan pelancong sebenarnya boleh anda akses dengan mudah dari sini.

Antaranya Selangor Fruit Valley, Pasar Basah Pasir Penambang, Taman Ikan Air Tawar, Eagle feeding
Pasir Penambang, Bukit Melawati, Tasik Kota Puteri, Kampung Kuantan Firefly Park, Sky mirror dan
Taman Alam.

Tidak akan sempurna sesebuah lokasi perumahan jika tiada kemudahan asas penting untuk keperluan pendidikan dan kesihatan.

Terletak berdekatan dengan pusat pendidikan tinggi seperti UiTM Puncak Alam dan Universiti Industri Selangor (Unisel) Bestari Jaya, Kota Puteri terbukti pesat membangun dengan pertumbuhan
pembangunan bercampur apabila dilengkapi dengan kemudahan sekolah seperti Sekolah Kebangsaan Ijok, Wesley Methodist School, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Ijok, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ijok dan Sekolah Rendah Agama Ijok.

Gambaran dalaman unit Puteri Ariana menunjukan dekorasi di
bilik tidur

Tiada apa lagi yang perlu dirisaukan apabila kediaman dibeli terletak berhampiran dengan kemudahan pusat kesihatan.

Projek terbaharu PKNS ini berada berdekatan dengan Hospital Selgate Rawang, Hospital UiTM Puncak Alam, Klinik Kesihatan Sungai Buloh dan Hospital Pakar KPJ Rawang.

Projek Puteri Ariana

Pembangunan Puteri Ariana di bawah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menampilkan kediaman teres dua tingkat yang terletak di Kota Puteri, Selangor.

Puteri Ariana dibina di kawasan seluas 39.51 ekar, membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM48.1 juta.

Projek yang dijangka siap pada tahun 2025 itu, menawarkan 72 unit (24 unit rumah link 2 tingkat (20’ x 70’) dan 48 unit rumah link 2 tingkat (22’ x 75’) dengan harga daripada RM590,000 hingga RM746,000 seunit.

Sesuai dengan reka bentuknya yang bersifat moden kontemporari dan moden tropika, Puteri Ariana
tersedia dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Reka bentuk balkoni di bilik utama dan ruang keluarganya menyerlahkan lagi ciri-ciri perancangan yang kreatif untuk kediaman selesa dengan persekitaran kawasan yang harmoni.

Bagi melengkap ciri-ciri keselamatan, setiap unit kediaman didatangkan dengan sistem ‘tyre stopper’.

Kemudahan parkir yang luas turut didatangkan dengan sistem ‘tyre stopper’ di setiap unit
kediaman

Sasaran pasaran:
-Golongan Profesional
-Kakitangan swasta
-Kakitangan awam

Promosi:
-SPA ditanggung oleh PKNS
-MOT ditanggung oleh PKNS
-Diskaun istimewa kepada Bumi dan Non-bumi serta Skim Loyalti
-Tambahan Diskaun bagi ‘Early Bird’
-Pakej barangan elektrik berjenama Samsung bernilai RM10,000*
*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk maklumat lanjut, hubungi PKNS Bahagian Jualan Hartanah (PKNS X Homes) di talian 03-50220188 atau www.pkns.gov.my


Pengarang :