Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 25 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima daerah di Selangor sehingga 3 petang ini.
Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Cuaca sama turut diramal berlaku di Melaka selain beberapa daerah di Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.