AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Saksikan siaran langsung sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri malam ini

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 30 OGOS: Orang ramai yang tidak berkesempatan menyertai Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam boleh menonton secara langsung di saluran YouTube SelangorTV dan MYTV Mana-Mana.

Bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, siaran langsung berkenaan menyajikan pelbagai acara menarik antaranya termasuklah persembahan kawad senyap, t-baton, ketenteraman awam dan pertunjukan bunga api.

Selain itu, artis terkemuka tanah air Iman Troye, Ziana Zain dan Datuk Awie turut dijadual membuat persembahan bagi memeriahkan lagi sambutan yang mengangkat tema Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual hadir 8.30 malam bagi merasmikan acara berkenaan.

 


Pengarang :