Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) membantu penduduk mengacau bubur asyura dalam program Asyura Perpaduan DUN Gombak Setia di Pusat Komersial Taman Sri Gombak, Batu Caves pada 5 Ogos 2023. Foto ihsan RADIN WAZIR/PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR
ADNSELANGOR

Semangat perpaduan jentera bantu kemenangan tiga DUN di Gombak

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 5 OGOS: Disiplin dan semangat perpaduan dimiliki jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) mampu membantu kemenangan tiga calon gabungan itu di Gombak.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha meyakinkan pengundi juga diteruskan bagi memastikan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditawan pada 12 Ogos.

“Saya yakin di Gombak kita boleh menang ketiga-tiga DUN dan kita perlu bekerja dengan lebih keras untuk memastikan kemenangan kali ini,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar.

Tiga kerusi berkenaan ialah Sungai Tua yang disandang Amirudin sejak 2008 (dahulu dikenali DUN Batu Caves, Hulu Kelang (Juwairiya Zulkifli) dan Gombak Setia (Datuk Megat Zulkarnain Omardin).

Beliau ditemui pada acara gotong-royong memasak bubur sempena program Asyura Perpaduan DUN Gombak Setia di Pusat Komersial Taman Sri Gombak, Batu Caves petang tadi.

Sementara itu, Megat Zulkarnain yakin kemenangan berpihak kepadanya berdasarkan keterbukaan pengundi selain kesungguhan dan kerjasama jentera HARAPAN-BN dalam berkempen.

“Ini bukanlah kayu pengukur, saya akan terus menyantuni seberapa ramai pengundi dan meyakinkan mereka sehingga saat terakhir kempen,” ujarnya.


Pengarang :