Jalur Gemilang berukuran gergasi setinggi bangunan 16 tingkat dikibarkan di Menara MBPJ sejak minggu lalu berdasarkan foto yang diambil pada 16 Ogos 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Semarak patriotisme, MBPJ kibar Jalur Gemilang gergasi

SHAH ALAM, 17 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengibar dua Jalur Gemilang berukuran gergasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 tahun ini.

Penolong pengarah komunikasi korporatnya berkata bendera setinggi bangunan 16 tingkat itu mula dikibarkan pada minggu lalu bagi menyemarak semangat patriotisme.

“Untuk tahun kedua, kita kibarkan sekali lagi Jalur Gemilang bersaiz gergasi ini. Tetapi pada tahun ini ia lebih besar sedikit berbanding tahun lalu.

“Kedua-duanya dikibarkan di Menara MBPJ bagi menyemarakkan lagi semangat penduduk Petaling Jaya untuk menghayati hari penuh sejarah tersebut,” kata Ahmad Iskandar Mohamad Mukhtar.

Menurutnya, gimik pelancaran kedua-dua bendera gergasi tersebut akan dibuat pada Jumaat ini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Tahun lalu, MBPJ buat julung kalinya mengibarkan dua Jalur Gemilang berukuran bangunan 10 tingkat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.


Pengarang :