AGENSISELANGOR

Sertai Discover PKNS Race 26 Ogos ini, peluang menang hadiah wang tunai

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 17 OGOS : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mencari 100 pasukan untuk menyertai Discover PKNS Race yang menawarkan hadiah keseluruhan RM5,900 pada 26 Ogos ini.

Pengurus Komunikasi Korporat Muhammad Sobree Zainal Abidin berkata pertandingan berkonsep eksplorace itu bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang di Kompleks PKNS Shah Alam.

“Setiap pasukan diwajibkan mempunyai empat ahli dan 59 pasukan terawal  mendaftar hanya perlu membayar yuran RM59. Bagi pasukan ke 60 hingga 100 pula perlu membayar yuran RM100,” katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata juara akan membawa pulang RM2,000, RM1,000 (kedua), RM600 (ketiga), RM350 (keempat), RM200 (kelima), RM150 (keenam hingga 10) dan RM100 (11 hingga 20).

“Orang ramai dijemput memeriahkan ulang tahun PKNS ke-59. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Nazri di talian 012-287 8787,” tambahnya.


Pengarang :