AGENDANASIONAL

Tiga daerah Selangor diramal alami hujan lebat, ribut petir hingga 7 malam

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 23 OGOS: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda tiga daerah di Selangor sehingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan daerah terlibat adalah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Kelantan serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :