Calon HARAPAN DUN Ijok Amidi Abdul Manan berucap ketika ceramah kelompok di Jalan 14, Taman Bakti Ijok, Kuala Selangor pada 3 Ogos 2023. Turut hadir Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fadhlina Sidek. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Wanita KEADILAN yakin menang kerusi ditandingi di enam negeri

KUALA SELANGOR, 4 OGOS: Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yakin menang di semua kerusi ditandingi pada pilihan raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri.

Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan dan persiapan jentera perpaduan yang cukup baik.

“Kita memang ‘full force’ semua kerusi wanita dan ia menunjukkan peningkatan sokongan yang sangat memberangsangkan dan nampak petanda sokongan rakyat semakin bertambah.

“Persiapan jentera juga cukup baik dengan gabungan perpaduan dan mereka bekerja keras untuk memastikan kemenangan untuk calon kerajaan perpaduan.

“Malah, kita yakin sepenuhnya semua kerusi kita masuk menang biarpun ada yang beri saingan. Melihat pada persiapan menunjukkan kebersediaan calon wanita untuk bertanding,” katanya ditemui di ceramah kelompok DUN Ijok di Jalan 14, Taman Bakti Ijok di sini semalam.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga menteri pendidikan berkata semua sekolah yang terlibat kini telah bersiap sedia sepenuhnya untuk pengundian pada 12 Ogos nanti.

“Ini bukan pengalaman pertama untuk pilihan raya dan tiada tiada sebarang permasalahan. Semua bersedia dan kita telah hantar taklimat kepada pihak sekolah ,” katanya.


Pengarang :